The family is growing

Assalamualaikum.

Yaa terus terang bercakap, mmg lama gila tak sentuh blog ni. Alaaaahai sejak belajar sambung peringkat degree ni, hidup tak keruan nak menulis. Kononnya.

On and off, mmg lah naik masuk semester je, sibuk sibuk dan terus sibuk. hari minggu dan ucti khas saja boleh duduk goyang kaki. Goyang kaki utk terakhir kali baru buat assignment. Biasa lah tu. Cuti pon ada jugak assignmentnya. Bak kata lecturer, cuti pertengahan semester bukan utk u all cuti tapi buat assignment! Nama je cuti. Ironinya.

Dugaan semester tiga? Perh. Tak cukup blog ni kalau nak senarai semua masalah. Tapi yang pastinya, masalah duit dan masalah hubungan antara manusia. Hubungan dg Allah, lagi tak usah cerita kalau solat pun tiang satu dua waktu. Hmmm. Harap je dulu sekolah diploma kat sekiansekian kolej. Takpelah, apa2 pun bukan terletak pada nama kolej tetapi hati & iman kita. Tazkirah kali ini: jangan lupa solat. Pesana utk anda dan diri sendiri.

24 April 2014, saya kehilangan arwah atuk belah bapak saya, Almarhum Hj Johar Jaafar. Setelah lama arwah hidap pelbagai penyakit & kali terakhir, arwah dalam comma, akhirnya Allah jemput juga drpd arwah terseksa sakit di atas bumi ni. Moganya arwah ditempatkan dlm kalangan beriman, Al-Fatihah.

Selain kematian, ada juga penambahan ahli keluarga. Insyallah Julai 2014, aku bakal main kejar-kejar dgn bakal anak buah yang pertama. Oh well, dari situ dah nampak dan sedar jugaklah yg aku makin tua gamaknya. Umur 23 tahun dan kawan sekeliling semua dh ramai bertunang & bakal bernikah. Ada juga yg dh timang anak pun. Aku mampu timang assignment je. Belum sampai jodoh lagi nak bernikah bagai. Kalau cerita kat mak bapak yg kita ada kawan special pun, buat haram pelik je. Baik duduk diam-diam dna stay single.

Insyallah Julai 2015 pula, katanya bakal terima kakak ipar pulak. Bertambah lagi ahli keluarga. Sorang-sorang dh kahwin. Mmg la bak kata senior dan seangakatan manusia umur lingkungan 20-an ni, mmg tak tenang sbb inilah masa gatal nak bernikah sbb orang sekeliling dh sampai jodoh. Kita pun konon kepoh-kepoh nak kahwin jugak walhal pengajian memasak tak lulus dan tak grad lagi. Boleh tembak diri sendiri.

Tunggu giliran aku nak edar kad walimatul'urus, mmg bercicit lah dulu yaa. Belum sampai jodoh. Perlahan-perlahan kayuh, katanya. Iyaa kan saja.

Jam pukul 3.38 pagi. Mcm biasa, bergaduh dgn keyboard siapkan assignment. What else is new.
Au revoir.

Comments

Popular Posts