wake me up when september ends? it's 2014 oledi lah !

Assalamualaikum :)

Lepas ni mungkin akan update blog setiap 4 bulan sekali kot? Hmm. Asbab2 utama adalah malas dan sibuk. Klise kan? Bak kata azwan ali; Y BOTHER?! (aku tak faham kenapa dia mesti tweet dlm capslock)

Apa cerita saya? Harini dah 1 Sep, jadinya baru lepas raya, dpt anugerah dekan utk sem 3, abg kedua dh bertunang, anak sedara dh lebih umur sebulan, apa lagi? Hmm. Okay aku cerita satu2 lah yaa.

Raya saya tahun ni sedikit hambar. Lagi2 baru kehilangan atok sebelah bapak. Jadinya sy kini hanya ada nenek2 saja dari dua2 belah mommy & bapak. Okaylah. Selain tu, raya tahun ni, boleh tahan kaya jugaklah disebabkan hari pertama raya pun jackpot duit raya. WARIS, sing that shxt "Duit den bertingkek tingkek!"

Alhamdulillah utk kali ke-639638461846893 sbb sem 3 masih lagi mampu pertahan takhta rangkul anugerah dekan seperti sem 2. Sem 1 tak brp nak dekan sbb main2.. Tak sangka jugak sbnrnya sem 3 boleh dapat anugerah sekali lagi sbb boleh dikatakan semester yang........... entah. rasanya tiap2 semester sama je susahnya. cuma pandai2 mati dan pandai2 hidup semula lah kot. Yup, imma be rockin that stage receiving muh scroll /;)

Yaa, abg kedua aku telahpun bertunang dgn kekasih lama dia yg dulu kejap on dan off. tolak tambah, boleh dikatakan lebih 10 thn berkawan. so okaylah kot, Insyallah dalam bulan Julai 2015 akan langsung lagi satu perkahwinan dalam keluarga Uncle Esa ni. Mungkin rezeki mencurah sikit, akan diawalkan. here goes another wedding prep drama. Imma get myself some popcorn.

Anak sedara sulung? yes, kerja dia tidur, melalak, dan muntah. yang aku suka pasal dia ni adalah kening. kami sekeluarga mmg tak lari dari genetik kening tajam. dik, besar nnt kau konfem lebih kurang MakTeh (saya), orang lalu sebelah terus dlm hati dia cop kita "mesti garang mesti sombong". kepala hotak mereka. tapi dik, kau jalan penuh swag je dik. biarkan mereka. kening original, tak semua boleh dapat kening mcm kita. we have our pride. kahkah!

Setakat ini, saya dan girlfriend2 yg lain dah ditempah awal2 utk dijadikan pengapit dan awek2 dulang utk majlis perkahwinan pensyarah KUIS, Miss Syamimi Harun. Setelah sekian lama kitorang tggu pensyarah dan kad jemputannya, akhirnya.... Anak murid dia siap "jalan dulu". Congrats in advance, Miss ;D

7-8 hari lagi katanya Apple bakal rasmikan iPhone 6. Katanya harga cecah RM3000. Mereput aku baca tweet ni pada mulanya sbb dalam hati dh pasang niat nak tukar. Skrin katanya besar dari yg dulu2, kita ni pun dh naik fed up taip text dan penuh typo. Tapi harga mcm tu? aku flip table awal2.

Dan aku? Lagi seminggu dh nak naik semester 4. lagi banyak perjuangan aku nak tempuh. ada sebab juga aku gigih survive dan cuba dapatkan anugerah dekan. mmg pada mulanya aku mmg TAK NAK belajar. tapi atas permintaan mak bapak, okay aku go on. tapi bila mereka dgr anak ni dapat anugerah dekan, senyuman mereka mmg menyenangkan hati aku. so, itu mmg salah satu penguat semangat aku belajar. puas hati pun iya juga. iyalah, mana taknya dalam satu semester tu kau nak hadap perangai orang kau nak hadap perangai pensyarah kau nak hadap masalah kat rumah sewa, masalah kereta, macam2 hal. i still can get my shxt together. yes, anugerah dekan juga adalah hadiah utk diri sendiri. bukan niat nak belagak. tapi kalau tak dapat, bukan rezeki aku dan bukan tanda aku gagal nak susun tahi2 kehidupan ni, cuma Allah kata "slow down sikit.. I know you tried your best".

Oh ya, aku scroll Instagram, penuh gambar kawan2 sekolah semua berseri atas pelamin masing2. gila kau aku tak meroyan? hahahahahha. yes aku masih belum sampai masa dan masih belum jumpa calon. dulu, aku pernah kata kat diri sendiri yg aku akan kahwin umur 30 tahun. aku rasa mcm badi jugak ni. mungkin ya. ah sudah! -______-"

kalau aku tak kahwin pun.... hmm, aku boleh bayang cemana muka dan mulut makcik2 di luar sana mengumpat belakang sambil baik hati dermakan pahala mereka kpd aku, kan? gotcha ;)

Sekian aku taip. Before, I was Little Monsters, now I'm an Azaleans.

Comments

Popular Posts